Langkau ke kandungan utama

Utama

Sepanyol: Siesta - Tidur Tengah Hari

Cara Penjagaan Tuala 100% Cotton

🌿 Tuala kapas berkualiti tinggi memerlukan penjagaan yang betul untuk kekalkan kelembutan, ketahanan dan daya serapan. 

Ikuti panduan di bawah agar tuala anda sentiasa selesa digunakan dan tahan lebih lama.

✅ Langkah Penjagaan Yang Disyorkan

1. Cuci Sebelum Guna Kali Pertama

Cuci dahulu untuk menanggalkan sisa bahan dari proses pembuatan kilang dan membantu meningkatkan daya serapan tuala.




2. Asingkan Cuci Mengikut Warna

• Cuci tuala warna gelap dan warna cerah secara berasingan untuk mengelakkan masalah luntur warna.


3. Gunakan Sabun Lembut, Elakkan Softener

• Elakkan sabun yang mengandungi peluntur (bleach).

• Pelembut fabrik boleh meninggalkan lapisan lilin yang mengurangkan keupayaan tuala menyerap air.

• Gunakan detergen ringan tanpa bahan kimia keras.


4. Cuci dengan Air Suam atau Sejuk (Bukan Air Panas)

• Air panas boleh merosakkan fiber kapas dan menyebabkan warna cepat pudar.



5. Elakkan Overload Mesin Basuh

• Tuala perlukan ruang untuk ‘bergerak bebas’ semasa dicuci agar lebih bersih dan teksturnya tidak rosak.


6. Keringkan di Tempat Berangin atau Guna Dryer Suhu Rendah

• Elakkan menjemur di bawah matahari terik kerana ini boleh menyebabkan warna pudar.

• Jika menggunakan mesin pengering (dryer), pilih tetapan low heat atau suhu rendah.


🚫 Elakkan Perkara Ini

❌ Menggunakan peluntur (bleach)

❌ Menggunakan softener pekat

❌ Menjemur terus di bawah matahari terik

❌ Mencampurkan cucian tuala dengan pakaian berdawai, berzip atau berbucu tajam yang boleh merosakkan fabrik


Dengan penjagaan yang betul, tuala Sultera anda akan kekal lembut, menyerap dengan baik dan tahan lama – seperti baru setiap kali digunakan! 🛁 

Senarai Semua Catatan

Memuatkan senarai entri...

Idea Dekorasi Bilik Tidur

LAMAN PILIHAN •  hias.myIKEA  •  Ilham Dekorasi •  Impiana •  Motherhood  •  Property Genie   •  Property Guru  •  Spot Blue  •  Wallmaster  

Produk Kami