Utama
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Mengenai Kami
Seri Sultera Bedding Solutions telah didaftarkan oleh Pendaftar Perniagaan Semenanjung Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 9 Julai 2025 di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dengan No. Pendaftaran: 202503186769 (RA0126492-V).
Kami adalah penjual sah (authorised reseller) yang dilantik oleh Sultera Malaysia sebagai Ambassador Sultera, Reseller Code: SM882.
PEMASARAN DAN PENGAWALAN HARGA PASARAN
1. Ambassador berperanan membuat jualan dan pengiklanan atas inisiatif masing-masing.
2. Ambassador diizinkan untuk menjual produk Sultera di saluran penjualan mereka sendiri.
3. Mempromosikan dan memasarkan produk Sultera.
- Ambassador Sultera bertanggungjawab untuk mempromosi dengan cara profesional dan sesuai dengan nilai dan reputasi Sultera.
- Posting harian yang tidak terdapat perkataan SPONSORED adalah dibenarkan.
- Berikut merupakan akaun rasmi HQ Sultera:-
- Facebook HQ : Sultera Malaysia
- Instagram HQ : Sultera.official
- TikTok : Sultera.official
5. Ambassador tidak boleh mengiklankan atau mempromosikan di iklan berbayar seperti FB ADS/IG ADS (SPONSORED) di Ambassador-Ambassador yang lain.
- Ambassador-Ambassador tersebut telah mengeluarkan kos untuk pengiklanan atas inisiatif sendiri.
6. Ambassador tidak dibenarkan menukar harga jualan sesuka hati.
- Harga jualan adalah selaras seperti yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Sultera.
7. Pemantauan harga jualan Ambassador.
- Pihak pengurusan Sultera akan memantau harga jualan yang dipasarkan oleh Ambassador pada setiap platform jualan.
8. Aduan berkaitan perubahan harga pasaran produk Sultera.
- Sekiranya pihak Sultera menerima laporan tentang sebarang aduan dan didapati melanggar Terma dan Syarat, pihak pengurusan berhak menamatkan kontrak Ambassador tersebut.
9. Ambassador diberikan kebebasan menentukan harga jualan yang wajar bagi produk Sultera.
- Namun, Ambassador tidak boleh menetapkan harga yang lebih mahal dari harga pasaran (normal price) dan tidak boleh menurunkan harga bawah daripada harga promosi yang ditetapkan.
10. Ambassador boleh menawarkan ‘free gift’.
- Mengikut promosi dari HQ Sultera yang akan bertukar setiap bulan (mystery gift).
11. Jualan melalui e-dagang
- Ambassador perlu memberikan maklumat kepada pihak pengurusan seperti ‘Shop Link’ atau seumpamanya. Promosi selain daripada promosi yang HQ jalankan adalah tidak dibenarkan kecuali atas persetujuan HQ.
12. HQ Sultera berhak menukar harga jualan atau promosi
- Notis bertulis akan diberikan oleh HQ.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain