Langkau ke kandungan utama

Utama

Tidur Lewat pada Musim Panas di Arab Saudi

Testimoni Pengguna

Apa Kata Pelanggan Kami?

Di Seri Sultera, kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Ramai yang telah mencuba produk kami – dari cadar, comforter, tuala hingga sarung bantal – dan berkongsi pengalaman mereka sendiri selepas menggunakannya.



Di bawah ini, kami kumpulkan beberapa testimoni tulus daripada pelanggan sebenar. Semoga perkongsian mereka memberi keyakinan kepada anda untuk mencuba sendiri kualiti dan keselesaan produk kami.


TESTIMONI 1

Testimoni Cikgu Basri – Pesara Kerajaan yang Pilih Keselesaan 5 Bintang di Rumah


Lambaian pesara. Bersara mulai 1 Jan 2018.


“Sejak bersara dari dunia pendidikan, saya berpeluang menginap di pelbagai hotel dalam dan luar negara. Bila dah selalu tidur di hotel, saya mula teringin nak ada bantal yang empuk dan selesa macam di hotel, tapi untuk kegunaan di rumah.

Dah banyak jenama terkenal saya cuba, tapi tetap tak capai tahap yang saya cari …


Pesara bermusafir. 7 Ogos 2019. Di Milan, Itali. Perjalanan dari KLIA ke England, kemudian Ireland, Sepanyol dan Itali.


Sampailah saya jumpa Bantal Sultan 5 Bintang keluaran Sultera – inilah bantal saya sekarang! Memang rasa macam tidur di hotel setiap malam!

Bukan itu saja, saya dan keluarga juga guna comforter Savoir: Exclusive Hotel Collection – Design TENCEL™ Series, juga dari Sultera.


Salah satu corak selimut tebal yang saya gunakan sekarang di rumah.

Sangat selesa hinggakan cucu saya yang berumur lima tahun apabila di rumah saya meminta untuk tidur di Bilik Tokma.


Dah lebih setahun kami guna produk-produk Sultera, dan saya sangat berpuas hati.

Sebab itulah, saya syorkan anda pun cuba sendiri. Rasa perbezaan tidur lena yang sebenar!”

– Cikgu Basri, Pesara Kerajaan



TESTIMONI 2

En. Hashim Razali dan Pn. Wan Zubaiton dari Kuantan telah membeli:

๐Ÿ›️ Bantal Sultan 5 Bintang

๐Ÿงผ Sarung Bantal Jalur Putih

๐ŸŒผ Comforter Bloomora (King) – Ivory Petals

Komen daripada Puan Wan Zubaiton:

“Servis yang baik dan cepat. Bantal empuk dan selesa… dah lama cari. Tidur lena semalam.  Set comforter belum rasmi lagi tapi memang cantik!”

Terima kasih atas kepercayaan dan maklum balas yang positif! ๐Ÿ™

๐Ÿ’ค Bantal empuk + comforter cantik = tidur macam di hotel.



TESTIMONI 3

Cikgu Muhammad Lutfi Ramli dan isteri dari Kuala Kangsar telah mencuba Bantal Sultan 4 Star – dan terus jatuh hati! ๐Ÿ˜

Kata beliau: 

“Tue kalau tidur hari minggu, mahu tak bangun tu… hahaha ๐Ÿคฃ  Best gila bantal ni. Recommended! ๐Ÿ‘๐Ÿฝ๐Ÿ‘๐Ÿฝ๐Ÿ‘๐Ÿฝ๐Ÿฅฐ”

Terima kasih atas sokongan dan semangat, Cikgu Lutfi! ๐Ÿ™

๐Ÿ’ค Bantal empuk, tidur lena, bangun segar.



TESTIMONI 4

Pn. Hjh. Noraziah Ali dari Kulim memilih untuk mencuba:

๐Ÿ›️ Bantal Sultan 5 Bintang

๐Ÿงผ Sarung Bantal – Jalur Putih

Komen beliau selepas mencuba: 

“Bantal pass. Rasa macam tidur di hotel 5⭐️.”

Terima kasih atas sokongan, Pn. Hjh. Noraziah! ๐Ÿ™

๐Ÿ’ค Bilik tidur selesa bermula dengan bantal ini.





TESTIMONI 5

Kol (B) Hjh. Fuziah Ibrahim dari Ampang adalah antara pembeli setia dan terbanyak produk Sultera sejak hari pertama kami mula berniaga! ๐ŸŒน

Antara koleksi pilihan beliau:

๐Ÿ›️ Bantal Sultan 5 Bintang

๐Ÿค— Bantal Peluk Premium Sultan

๐ŸŒธ Cadar Savoir Tencel™ Super King – Rosy Blossom (Merah Jambu)

❄️ Duvet Quilt Premium (Super King)

Kata Kol (B) Hjh. Fuziah: 

“Harga rendah… jadi secara purata, memang sangat berbaloi. Value for money!”

Terima kasih atas sokongan padu, Kol (B) Hjh. Fuziah! ๐Ÿ™

๐Ÿ’ค Bilik tidur selesa bermula dengan Sultera.



TESTIMONI 6

Tn. Hj. Kamaruzaman Salim, seorang Pesara Guru, Mantan Guru Besar Cemerlang dan Mantan Setiausaha Agung, Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia.   

Belian Tn. Hj. Kamaruzaman ๐Ÿ‘‡๐Ÿฝ

• Bantal Sultan 5 Bintang

• Sarung Bantal Putih

• Tuala Dinda Merah Jambu, dan

• Tuala Baginda Maroon 

Kata Tn. Hj. Kamaruzaman, 

"tidak perlu lagi menjengah ke hotel kayangan untuk merasai nikmat tidur menggunakan bantal berkualiti."

Terima kasih, Tn. Hj. Kamaruzaman. 

๐Ÿ’ค Bilik tidur selesa bermula dengan Sultera.



TESTIMONI 7

Datin Paduka Zauyah Khan dari Shah Alam telah diperkenalkan dengan kehebatan produk Sultera — dan beliau amat berpuas hati! ๐ŸŒธ

Bukan saja mencuba, malah terus ulang beli kerana kualiti yang menambat hati.

Kata beliau kepada kami: 

“Dah beli bantal, best sangat! Kejap lagi nak beli cadar dan lain-lain. Terima kasih atas cadangan.”

Terima kasih, Datin Paduka, atas sokongan dan kepercayaan! ๐Ÿ™

๐Ÿ’ค Bilik tidur mewah bermula dengan Sultera.







TESTIMONI 8

“Memang bagus, semua orang sangat suka!” – En. Vijayndran, Subang Jaya



Kami di Seri Sultera amat berbesar hati menerima maklum balas positif daripada salah seorang pelanggan kami, En. Vijayndran Muniandy dari Subang Jaya.

Baru-baru ini, beliau telah membeli Pelapik Tilam Luxe Mattress Topper (Saiz King) — dan ternyata ia benar-benar memenuhi harapan beliau dan seisi keluarga!



๐Ÿ—ฃ️ “Really good, everyone like it very much ๐Ÿ‘Œ.”
(Memang bagus, semua orang sangat suka.)


Kepuasan pelanggan seperti En. Vijayndran menguatkan lagi semangat kami untuk terus menyediakan produk tidur berkualiti tinggi yang selesa dan mampu milik untuk semua.



Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda kepada Sultera. Kami doakan setiap malam anda kini lebih lena dan selesa, dikelilingi kelembutan Pelapik Tilam Luxe kami. ๐ŸŒ™✨

๐Ÿ’ค Bilik tidur mewah bermula dengan Sultera.

Bukan sekadar tilam — ini tentang pengalaman tidur yang sebenar.



TESTIMONI 9

“Kalau ada apa-apa untuk orang tua, kenalkan ya…”

Kami di Seri Sultera berbesar hati menerima maklum balas yang sangat bermakna daripada Cik Loh Poh Yoon dari Kamunting, Perak.


Baru-baru ini, Cik Loh telah membeli:
๐Ÿ›️ 2 biji Bantal Sultan 5 Bintang
๐Ÿงบ 2 helai Sarung Bantal White Stripe




Sebelum mencuba, Cik Loh berkata:
“Tidur dulu malam ni, kalau sesuai boleh order lagi.”


Dan keesokan paginya, terus WhatsApp kami:
“Boleh tak saya beli lagi untuk adik di KL? Boleh hantar terus ke sana?”


Alhamdulillah!

Maklum balas sebegini benar-benar menggembirakan kami. Apabila pelanggan bukan sahaja berpuas hati, tapi terus mahu hadiahkan untuk insan tersayang — itu tanda produk kami benar-benar memberi keselesaan.



Cik Loh juga sempat tinggalkan satu pesanan yang menyentuh hati kami:
At this age, clothes not interested. But if got anything for elderly people please introduce.” (Pada usia begini, pakaian bukan lagi keutamaan.  Tapi kalau ada apa-apa yang sesuai untuk orang tua, tolong kenalkan ya.)


Kata-kata ini menjadi peringatan buat kami — bahawa ramai warga emas lebih menghargai keselesaan daripada kemewahan. Dan itulah matlamat kami: menyediakan produk tidur yang lembut, selesa dan sesuai untuk semua peringkat umur, terutamanya warga emas.

Selepas dua bulan membeli Bantal Sultan 5 Star, Cik Loh WhatsApp lagi:

"I don't know whether I told you this... It cured my neck and shoulder pain!" (Saya tak pasti sama ada saya dah beritahu atau belum… Tapi bantal tu dah sembuhkan sakit leher dan bahu saya!)

Saya sangat gembira dengar bantal Sultan Five Star membantu hilangkan sakit leher dan bahu tu. Syukur sangat bila produk kami betul-betul beri keselesaan dan perubahan yang positif.

Klik untuk melihat Bantal Sultan 5 Star.


๐Ÿ’ก Nota Sultera:

Jika anda mencari hadiah yang bermakna dan praktikal untuk ibu bapa atau saudara yang berusia, pertimbangkan bantal dan pelapik tilam daripada Hotel Series Bedding Collection: Bantal | Pelapik Tilam.

Keselesaan sebenar bermula di sini.

๐Ÿ’ค Bilik tidur mewah bermula dengan Sultera.

Untuk tidur yang lebih lena — dan hati yang lebih tenang.

Senarai Semua Catatan

Memuatkan senarai entri...

Produk Kami